Program Sulong Berkhatan – PAPISMA Utara

 {mosimage}

20 Ogos 2007, Trong, Taiping, Perak. Setelah berbelas-belas kali program Khidmat Kesihatan dijalankan dipelbagai tempat di kawasan utara, akhirnya Papisma Utara  memberanikan diri melangkah setapak lagi kehadapan dengan mengendalikan program berkhatan anak lelaki pula.

Jemputan Ustaz Nor Azli untuk mengadakan Program berkhatan di perkarangan Masjid Sungai Bemban, Trong, Taiping Perak telah disambut dengan baik sebagai kayu ukur pertama kemampuan Papisma Utara mengembangkan aktivitinya.

Seramai tiga orang doktor lelaki, seorang doktor perempuan dan beberapa orang sukarelawan Amal telah bekerjasama menjayakan program tersebut. Seawal jam 9.00 pagi kanak-kanak telah mula berkumpul diperkarangan masjid dengan ditemani ibu-bapa masing-masing. Sebelum aktiviti berkhatan dimulakan, pasukan bomba Taiping telah bermurah hati datang untuk memeriahkan program tersebut. Semua kanak-kanak dimandikan sehingga basah kuyup oleh semburan paip pasukan bomba.

Setelah itu, seorang demi seorang mula dikhatan oleh doktor-doktor Papisma. Pada masa sama pemeriksaan tekanan darah dan khidmat tindik telinga turut dijalankan. Program tamat pada jam 4.30 petang dan hampir 30 orang kanak-kanak telah selamat dikhatankan. Semua pihak berasa gembira dan puas hati terutama kanak-kanak yang dikhatan kerana turut mendapat wang dan hamper.

Ramai ibu-bapa berharap program yang sama akan diadakan secara berkala dari masa ke semasa.

 


0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.