Sumbangan PAPISMA di Hospital Kajang

KAJANG, 2.2.2019: Seramai 15 orang pesakit di Hospital Kajang telah menerima sumbangan daripada Dana Kemanusiaan PAPISMA. Mereka terdiri daripada pesakit yang dimasukkan ke Hospital Kajang atas pelbagai sebab dan tergolong daripada golongan kurang berkemampuan. Hadir menyampaikan sumbangan adalah Dato Dr Suhaini Kadiman, Presiden PAPISMA dan Pengerusi PAPISMA Cawangan Selangor, Dr Shazif serta beberapa orang wakil DAKAP (Dr Afizah dan Dr Siti Azlina).

Dana Kemanusiaan PAPISMA adalah hasil usaha PAPISMA sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan. Dana adalah merupakan hasil sumbangan orang perseorangan. Kutipan dana ini diuruskan oleh setiap cawangan PAPISMA seluruh negara. Jika di Selangor Darul Ehsan, sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Dr Shazif di talian 011-15678369 (call)/(WhatsApp).

PAPISMA mengucapkan terima kasih kpd pihak pengurusan Hospital Kajang atas kerjasama yang diberikan. Mudah2an PAPISMA akan dapat menyalurkan bantuan yang lebih banyak untuk menafaat pesakit dan rawatan di Hospital Kajang pada masa akan datang.