Entries by admin

Kejohanan Badminton PAPISMA Kelantan

CEH-001 Kubang Kerian, 7hb April 2010: Satu kejohanan badmintan telah berjaya dijalankan di Dewan Badmintan Kampus Kesihatan USM. Kejohanan ini telah meningkatkan lagi jalianan ukhuwwah di antara ahli.

Seminar Perubatan Islam Zon Utara 2012

Papisma Zon Utara akan menganjurkan satu Seminar Perubatan Islam pada 23 – 24 April 2012 bertempat di Dewan Utama, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MDC), Bertam. Antara penceramah yang akan menjayakan seminar tersebut adalah Dr Abdul Basit, Ustaz Ramli dan Ustaz Fauzi. Presiden Papisma, Dr Awisul Islah Ghazali diberi satu slot khusus membincangkan perubatan Islam dan perubatan […]

Program Kami Prihatin Papisma Johor

Seramai 7 orang sukarelawan PAPISMA Johor terlibat dalam program Kami Prihatin di Endau Mersing dengan hampir 100 pesakit terlibat dalam program tersebut. Program berbentuk ziarah medik dan klinik kesihatan percuma kepada penduduk sekitar. Sukarelawan tiba awal pada malam Sabtu dan menginap di Hotel Seri Malaysia Mersing. Program bermula seawal 9 pagi dan berakhir lebih kurang […]

Pelancaran Rakan Khidmat Kesihatan Kawasan Tengah

Kota Raja: Tugas kebajikan dari sudut kesihatan adalah misi utama Papisma. Justeru, gerak kerja khidmat kesihatan perlu bagi memenuhi kehendak misi unggul ini. Pada hari ini satu pelancaran rasmi telah dilangsungkan oleh Timbalan Presiden Papisma di Kawasan Kota Raja. 200-601 Projek kebajikan ini membuka tirai 2012 dengan diberi nama Rakan Khidmat Kesihatan. Semoga dengan pelancaran […]

Good Morning Doctor” Bersama Dr. Awisul Islah Ghazali

*SABTU, 5 NOVEMBER* – Satu program motivasi santai “‘Good Morning Doctor!’” anjuran Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah berjaya diadakan bertempat di Qaah Ibnu Sina. Program ini berobjektifkan untuk memberi pendedahan awal tentang kehidupan sebagai seorang doktor kepada mahasiswa/wi sains kesihatan di Mansurah. “Public figure” utama yang dibawa khas untuk program ini adalah Profesor Dr. Awisul Islah bin Ghazali. […]

Kalendar Rasmi Papisma dan Buku Hudud Secara Rasmi di Edarkan

Presiden Papisma, Dr Hj Awisul Islah Ghazali, hari ini secara rasminya melancarkan edaran kalendar Papisma dan Buku Hudud. Kalendar ini memuatkan maklumat kempen membantu pembinaan Hospital Materniti dan Kanak-kanak Gaza. Kempen ini adalah usahasama dari Papisma yang bernaung dibawah Mapim. Manakala Buku Hudud pula adalah nota ringkas yang menjawab beberapa kekeliruan masyarakat mengenai hukum Allah. […]

Kembara Ilmu Papisma 2011

Kuantan: Kembara Ilmu Papisma telah di lancarkan secara rasmi oleh Presiden Papisma, Dr Hj Awisul Islah Ghazali. Kembara ini bertujuan meningkatkan ukhuwwah dan menyebar-luaskan sayap Papisma ke seluruh negara. Diantara pengisian yang akan dijalankan melalui kembara ini adalah menjejaki semula sahabat-sahabat Papisma, mengedarkan kalendar rasmi Papisma dan menjalankan kempen pembinaan hospital Gaza Rakyat Malaysia- Papisma.

Pelancaran Tabung Gaza Rakyat Malaysia- Papisma

Papisma telah mengorak satu langkah kehadapan dengan melancarkan Tabung Gaza Rakyat Malaysia- Papisma. Tabung ini diilhamkan setelah wakil tunggal Papisma yang turut serta dalam misi Radig2 ke Gaza iaitu Dr Syed Abdul Khaliq. Adalah diharapkan melalui pelancaran tabung ini akan membantu mangsa kezaliman Israil dibumi Gaza.

Dari Mata Turun ke Hati Bersama Prof Muhaya Berjaya

Pogram ceramah motivasi keluarga bertajuk Dari Mata Turun ke Hati Bersama Prof Muhaya telah berjaya dijalankan di negeri Kelantan dan Terengganu. Pengerusi Papisma Kelantan berkata, program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang memberansangkan walaupun iklan tidak meluas. Program telah berjalan di Balai Islam, Lundang pada 22 Oktober lepas. Manakala Papisma Terengganu pula menjemput […]