Entries by admin

Misi Amal-PAPISMA ke Bangladesh Sempena Taufan Sidr

{mosimage} KLIA Sepang: 6hb Disember 2007. Misi Amal-PAPISMA ke Bangladesh kerana membantu mangsa korban taufan Sidr.  Taufan tersebut  telah  meranapkan sejumlah mangsa 100 ribu yang hilang tempat tinggal. Misi kali ini telah menghantar 16 relawan yang terdiri dari 5 orang doktor perubatan. PAPISMA telah diwakili oleh Dr Faizol Fadzli dan Dr Suhazeli. 

Pameran Kesihatan Dan Kerjaya Perubatan Papisma Utara

{mosimage} 22 September 2007(10 Ramadhan 1428), USM Trans-Krian, Perak. Walaupun bulan puasa tetapi khidmat bakti Papisma Utara tetap diperlukan. Fakulti Aero-Angkasa USM Trans-Krian menganjurkan Minggu Peningkatan Kesedaran Sains dan Papisma Utara telah dijemput mengadakan Pameran Kesihatan dan Kerjaya Perubatan serta sedikit pemeriksaan kesihatan pada 24 September 2007. Dua orang doktor Papisma dan beberapa  orang mahasiswa […]

Mesyuarat AJK PAPISMA Pusat di GMC

 {mosimage} GOMBAK MEDICAL CENTRE: 27hb Oktober 2007, Mesyuarat AJK PAPSIMA Pusat telah diadakan dengan penuh muhibbah dalam suasana berhari raya. Pelbagai isu yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut. Di antaranya kita telah mengambil keputusan untuk melantik pegawai khidmat yang beibu pejabat di GMC mulai 1hb Januari 2008. Ini akan menjadikan pengurusan PAPISMA aka lebih teratur […]

Program Sulong Berkhatan – PAPISMA Utara

 {mosimage} 20 Ogos 2007, Trong, Taiping, Perak. Setelah berbelas-belas kali program Khidmat Kesihatan dijalankan dipelbagai tempat di kawasan utara, akhirnya Papisma Utara  memberanikan diri melangkah setapak lagi kehadapan dengan mengendalikan program berkhatan anak lelaki pula. Jemputan Ustaz Nor Azli untuk mengadakan Program berkhatan di perkarangan Masjid Sungai Bemban, Trong, Taiping Perak telah disambut dengan baik […]

ORANG-ORANG TUA CHINA PULAU PINANG DAPAT KHIDMAT PAPISMA UTARA

 {mosimage} SEBERANG PRAI, PULAU PINANG: 29 Julai 2007, Atas niat untuk berbuat kebaikan dan mendekati Orang China Zimmi, maka peluang untuk berkhidmat kepada mereka tidak dilepaskan. Jemputan Ustaz Mujahid diterima dengan gembira oleh ahli-ahli Papisma Utara. Seawal pagi lagi rombongan Papisma Utara telah bergegas ke tempat yang dituju. Seramai lima orang Doktor Papisma dan beberapa […]

Bantuan kepada Mangsa HIV

 {mosimage}BACHOK: Jumaat, 30 ramadhan 1428, Papisma telah berkerjasama dengan pertubuhan masyarakat PRIHATIN telah menagadakan majlis penyampaian bantuan makanan dan diut raya kepada 24 org ibu tunggal yg di hidapi HIV. Mereka adalah gologan yang bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga malah terhumban dalam selut pula. Tanpa mereka sedari mereka menjadi mangsa kepada keaadaan. Mereka hilang orang […]

Khidmat Kesihatan di Kg Durian Bador

{mosimage} HULU TRG: Khidmat kesihatan berjalan lancar seperti biasa di Kampung Durian Bador pada 7hb September 2007. Pada hari yang sama terdapat 3 lagi Khidmat kesihatan yang berjalan serentak di seluruh Terengganu. Pihak Jawatankuasa PAPISMA mengucapakan berbanyak-banyak terima kasih di atas semua pihak yang terlibat dalam menjalankan program ini.