Terapi solat

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Read more…

Filed under: Sistem Badan, ,

Apakah Penyakit Demam Sawan?

Apakah Penyakit Demam Sawan?

la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Apa itu sawan?

Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.

Read more…

Filed under: Infeksi, Sistem Saraf, , , ,

Apakah Mandul?

Oleh: Dr Suhazeli abdullah,
Pakar Perubatan Keluarga
KK Permaisuri

Mandul adalah sebuah istilah dapat juga diartikan sebagai kegagalan, tidak berhasil, atau tidak dapat

Anak adalah Anugerah Allah Kepada hambaNya

Anak adalah Anugerah Allah Kepada hambaNya

membentuk. Istilah mandul banyak digunakan pada bidang reproduksi yang dimaksudkan untuk membuahkan keturunan pada manusia maupun hewan. Reproduksi dilakukan melalui hubungan seksual antara lelaki dan wanita atau jantan dan betina.

Read more…

Filed under: Reproduktif, Sakit Puan, Sakit Tuan,

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Sebagaimana namanya, penyakit HFM melibatkan tangan, kaki dan mulut seseorang pesakit. Ianya disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun.

Read more…

Filed under: Infeksi, Sistem Kulit, ,

Mari Kita Berkenalan Dengan G6PD

APA ITU G6PD ?

Sel Darah yang senang Pecah

Sel Darah yang senang Pecah

( Glucose 6 Phosphate ‘hydrogenese) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.

Fungsinya.

la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.

Semasa bersalin ‘ sample’ dan tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal.

Read more…

Filed under: Sistem Darah,

RAHSIA REMAJA

APA ITU REMAJA

GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.

PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara sesaorang individu dengan individu yang lain.

Read more…

Filed under: Reproduktif, Sakit Puan, Sakit Tuan,

KANSER PAYUDARA

KESAN AWAL DENGAN PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP)


Apakah kanser payudara?
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.

Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Read more…

Filed under: Kanser, ,

KENCING MANIS DAN PUASA RAMADHAN

Oleh: Dr Suhazeli bin Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga

KK Permaisuri, Setiu, Terengganu

Secara am, pesakit-pesakit Kencing Manis yang berpuasa mempunyai risiko-risiko tertentu terutamanya mereka yang tidak mengawal Kencing Manis mereka semasa sebelum puasa dan tidak mengamalkan pemakanan yang sepatutunya bagi orang Kencing Manis. Antara risikonya - hypoglycaemia (Kekurangan paras gula dalam darah), hyperglycaemia (Paras gula dalam darah yang tinggi), dehidrasi (kehilangan banyak air dalam badan) dan boleh membawa koma. Ini adalah kesan sampingan yang biasa berlaku kepada Pesakit Kencing Manis yang tidak mengawal tabiat pemakanan mereka atau bagi mereka yang telalu ketat pantang pemakanan.
Read more…

Filed under: Kencing Manis, ,

Aneurysm Aorta Abdomen (Abdominal Aortic Aneurysm, AAA)

Oleh: Dr. Mohd Mazri YahyaPakar Perunding Bedah Am, Vaskular dan Endovaskular
Hospital Kuala Lumpur

Apakah itu aneurysm?

  • Aneurysme merupakan pembengkakan saluran darah.
  • Perkataan ini diambil dari perkataan Greek ‘aneurysma’ yang bermaksud pelebaran

Apakah itu aneurysm aorta?

  • Aorta ialah salur darah utama yang membekalkan darah dari jantung ke seluruh organ tubuh
  • Ia dibahagikan kepada dua iaitu aorta toraks yang berada di ruang toraks dan aorta abdomen di ruang abdomen.
  • Aorta abdomen bermula dari bahagian bawah diafragma (otot yang membahagikan ruang toraks dan abdomen) sehingga ianya membahagi kepada dua salur darah iliak yang akan membekalkan darah ke kaki.

Aneurysme merupakan pembengkakan sebahagian daripada dinding salur darah. Ini berpunca dari kelemahan sebahagian dinding salur darah

Read more…

Filed under: Salur Darah,

Pembiusan Epidural

Oleh Dr Awisul Islah Ghazali

Pakar Bius, Hospital Taiping

ghazali_al@yahoo.com

HILANGKAN HAMPIR 100% KESAKITAN IBU BERSALIN

Lokasi Epidural yang akan di masukkan

Lokasi Epidural yang akan di masukkan

Kesakitan sewaktu bersalin terutamanya semasa melahirkan anak pertama adalah di antara jenis kesakitan yang paling tinggi darjahnya yang di alami oleh kaum wanita. Al-Quran menggambarkan peri kesakitan yang di alami oleh kaum wanita sewaktu melahirkan bayi melalui penceritaan watak Siti Maryam, gadis suci yang melahirkan Nabi Isa a.s. Siti Maryam menyandarkan tubuh ke pohon kurma dan mengerang kesakitan sambil berdoa kepada Allah Swt. (alQuran 16:19:23-24)

Read more…

Filed under: Sistem Saraf, ,